Laman Utama

Tazkirah Ramadan: Nuzul Quran merubah sikap Muslim

Ustaz Zain Hashim

Muslim dan al-Quran

Pendahuluan

Sesungguhnya dengan turunnya al-Quran pada bulan Ramadan sejak lebih 1,400 tahun lalu, telah menyelamatkan manusia daripada melakukan tabiat serta tingkah laku yang tidak selari dengan fitrah mereka sendiri.

Ia menjadi inspirasi ke arah kebaikan kerana di dalamnya penuh dengan ayat-ayat yang mampu merubah sikap manusia kepada sesuatu yang positif dalam hidup mereka.

Sayidina Omar bin al-Khattab yang dulunya dikenali sebagai seorang yang bengis dan amat membenci Rasulullah s.a.w. telah menemui jalan terbaik dalam hidupnya apabila dipertemukan dengan al-Quran yang akhirnya memeluk Islam.

Yang menariknya, Omar telah memeluk Islam hanya kerana membaca dan menatap beberapa potong ayat Quran daripada surah Taha dan setelah mengucap dua kalimah syahadah. Omar menjadi seorang Muslim yang amat komited dan yakin dengan Islam. Omar, setelah mengucap, terus mengisytiharkan keislamannya kepada seteru tradisi Rasulullah termasuk Abu Jahal.

Begitulah jauhnya perbezaan Omar dengan umat Islam pada akhir zaman ini. Tetapi yang peliknya, Omar dan umat akhir zaman juga mengharapkan untuk mendapat syurga dan rahmat pada hari pembalasan, sedangkan cara hidup dan keyakinan mereka amat berbeza.

Apa yang dimaksudkan dengan Nuzul al-Quran?

Nuzul yang diambil daripada perkataan bahasa Arab diertikan sebagai penurunan, sementara al-Quran pula merupakan kitab Allah yang diberikan kepada Nabi akhir zaman iaitu Nabi Muhammad s.a.w.

Jadi istilah Nuzul al-Quran boleh diertikan sebagai penurunan al-Quran ke atas baginda Rasulullah sebagai petunjuk kepada umat manusia sejagat.

Waktu turunnya al-Quran?

Allah menjelaskan dalam surah al-Qadr, bahawa al-Quran diturunkan pada malam yang dikenali sebagai “Lailatul Qadr”, pokok daripada ajaran isi kandungan surah ini ialah al-Quran mula diturunkan pada malam tersebut yang nilainya lebih baik daripada 1,000 bulan, para Malaikat dan Jibril turun ke dunia pada malam tersebut untuk mengatur segala urusan.

Surah al-Qadr ini pula diturunkan di kota Makkah dan dihimpunkan dalam surah-surah Makkiyyah, iaitu surah yang diturunkan sebelum hijrah baginda Rasulullah s.a.w ke Madinah, isi pengajarannya ialah beriman kepada Allah dan rukun-rukun iman yang lain.

 

Kenapa al-Quran diturunkan dan apakah fungsinya yang sebenar?

Dalil daripada al-Quran:

1- Ayat 15-16 surah al-Maidah : “Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya (Nabi Muhammad) dari Allah dan kitab yang menerangkan (al-Quran). Dengan kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keredaan-Nya ke jalan keselamatan, (dan dengan kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang-orang itu dari kegelapan kepada cahaya yang terang benderang dengan izin-Nya dan menunjuki mereka ke jalan yang lurus.

2- Dalam ayat 9 surah al-Hadid : “Dialah (Allah) yang menurunkan kepada hamba-Nya (Muhammad) ayat-ayat yang terang (al-Quran) supaya Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya (Islam).

Jelas dari keterangan kedua-dua ayat di atas menunjukkan bahawa fungsi sebenar penurunan al-Quran ke atas manusia, tidak lain adalah untuk menyelamatkan mereka dari terus berada dalam kegelapan dunia yang terpaksa meraba-raba serta tanpa hala tuju hidup yang jelas dan sempurna kepada cahaya Islam, tidak cukup dengan itu, Allah SWT melalui kitabNya itu bertujuan untuk memimpin mereka ke jalan yang benar dengan memberikan kepada mereka petunjuk kebenaran agar mereka ditempatkan ke dalam syurga di akhirat kelak.

Dalil daripada hadis Nabi Muhammad s.a.w.: Dari Ali Karramallahu Wajhahu, katanya: Sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah Salallahu Alayhi Wasallam bersabda:

"Sesungguhnya akan berlaku fitnah yan banyak."

Aku pun bertanya: "Apakah jalan keluar darinya duhai Rasulullah?"

Baginda menjawab: Kitabullah (al-Quran). Kerana di dalamnya terdapat kisah-kisah orang dan perkara sebelum kamu dan perkhabaran tentang apa yang akan datang sesudah kamu; dan terdapat di dalamnya hukum-hakam di antara kamu; Ia (al-Quran) adalah kata putus dan bukan senda gurau; sesiapa yang meninggalkannya (menolaknya) kerana sombong, ia akan dibinasakan oleh Allah; dan sesiapa sahaja yang mencari petunjuk selain darinya akan disesatkan oleh Allah; Ia adalah tali Allah  yang teguh dan ia adalah pengajaran (peringatan) yang bijaksana. Ia adalah as-Siratul Mustaqim (jalan yang lurus); Ia adalah kitab yang dengan sebab berpegang teguh kepada ajarannya, hawa nafsu seseorang tidak akan menyeleweng dan terpesong; dan Ia adalah kitab yang kalimah-kalimahnya tidak samar dan berputar-belit; dan para ulama pula tidak pernah puas menggali ilmu darinya (demikian juga) keindahan, kemanisan dan kelazatan membacanya tidak akan pernah hilang dan kandungannya menakjubkan, tidak berkesudahan. Ia adalah kitab yang jin tidak berhenti mendengarnya sehingga mereka berkata, "Sesungguhnya kami mendengar bacaan al-Quran yang menakjubkan, ia menunjuk ke jalan yang benar, lalu kami beriman kepadanya." Sesiapa sahaja berkata dengannya, benarlah perkataannya; sesiapa  yang beramal dengannya, dia akan diganjari pahala, sesiapa yang berhukum dengannya, adillah dia dan sesiapa yang menyeru kepadanya, nescaya dia akan diberi petunjuk Siratil Mustaqim (jalan yang lurus) - HR Tirmizi dan Darimi.

 

 

Keterangan maksud hadis mengenai fungsi al-Quran

Memang benar dan tepat sekali penjelasan baginda s.a.w. seperti dalam hadis di atas, bahawa pada akhir zaman akan berlaku terlalu banyak fitnah yang ditimpakan ke atas Islam dan Muslimin.

Sama ada fitnah itu dilakukan oleh mereka yang bukan Islam yang menaruh sifat benci amat mendalam serta dendam kesumat terhadap Islam dan umatnya, ataupun dilakukan sendiri oleh mereka yang bernama Islam.

Antara fitnah yang dilakukan oleh orang Islam sendiri seperti meninggalkan solat tanpa alasan atau sebab yang boleh diterima kerana menonton pertandingan bola sepak, pertandingan akhir mencari juara bintang popular dan sebagainya, tidak kurang juga golongan remaja muda dan tua yang tidak mengenakan kod berpakaian yang disyariatkan oleh Allah SWT, terlibat dalam pembunuhan, perjudian, rasuah, pecah amanah, penipuan dalam pilihan raya dan banyak lagi.

Kesemua yang disebutkan itu adalah fitnah yang menyukarkan golongan pendakwah untuk menyampaikan mesej Islam kepada bukan Islam tentang keindahan agama Islam kerana tindakan-tindakan liar itu menjadi batu penghalang kepada bukan Islam untuk menerima Islam, ataupun minat, cenderung atau simpati kepadanya.

Justeru, yang boleh menyelamatkan keadaan dan dari fitnah-fitnah tersebut adalah kitab suci al-Quran, kerana tujuan ia diturunkan seperti yang dijelaskan dalam ayat-ayat di atas adalah untuk meneylamatkan bangsa manusia serta mempimpin mereka ke jalan kebenaran.

Cara bagaimana al-Quran diturunkan

Menurut Imam as-Suyuti dalam kitabnya al-Itqan: Al-Quran diturunkan ke langit dunia pada malam al-Qadr secara sekali gus, kemudian diturunkan pula secara berperingkat selama dua puluh tahun, ada pendapat yang mengatakan dua puluh tiga tahun dan ada pula dua puluh lima tahun sejak Nabi Muhammad dilantik menjadi Nabi dan Rasul berdasarkan peristiwa dan keadaan tertentu yang hanya diketahui oleh Allah SWT pada tempoh tersebut.

Tetapi kenapa al-Quran diturunkan sekali gus ke langit dunia dan diturunkan tidak sekali gus malah berperingkat-peringkat ke atas baginda, perkara ini telah dijawab oleh Allah menerusi ayat 32 surah al-Furqan yang bermaksud: “Berkatalah orang-orang Kafir : Mengapa al-Quran itu tidak diturunkan kepada (Muhammad) sekali turun sahaja? Demikianlah (dengan cara itu) supaya Kami perkuatkan hatinya dan Kami membacanya kelompok demi kelompok (secara ansur-ansuran).

Surah pertama turun dalam al-Quran

Menurut Imam as-Suyuti, surah pertama turun secara keseluruhan isi kandungannya ialah surah al-Muddathir, sementara riwayat Imam at-Tabarani pula surah yang sempurna diturunkan ialah al-Fatihah dan ada pendapat yang mengatakan ialah surah al-Alaq yang diturunkan hanya lima ayat pertama. Walau bagaimanapun mengikut susunan para ulama: Surah al-Alaq yang pertama diturunkan secara mutlak mengikut pendapat jumhur. Surah al-Muddathir pertama diturunkan dalam konteks menyampaikan mesej dakwah. Surah al-Fatihah pula pertama diturunkan sebagai pembuka kepada surah-surah lain dalam al-Quran.

Ayat terakhir turun dalam al-Quran

Perkara ini juga diperselisihkan oleh beberapa pendapat ulama berdasarkan riwayat hadis tertentu:

Pendapat pertama: Ayat terakhir turun ialah ayat mengenai pengharaman riba daripada ayat 278 surah al-Baqarah: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu benar-benar orang-orang yang beriman.Ia diriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Ibnu Abbas.

Pendapat kedua: Ayat 281 surah al-Baqarah: Dan peliharalah diri kamu dari (azab yang terjadi) pada hari yang pada waktu itu kamu semua dikembalikan kepada Allah.âIa berdasarkan riwayat an-Nasaie daripada Ibnu Abbas dan Said Bin Jubair.

Pendapat ketiga: Ayat 282 surah al-Baqarah yang menceritakan tentang kesaksian dalam muamalat, iaitu ayat yang terpanjang dalam al-Quran. Ia berdasarkan riwayat Said Bin al-Musaiyab.

Pendapat keempat: Ayat 3 surah al-Maidah: Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agama kamu, dan telah Aku cukupkan kepada kamu nikmat-Ku dan Aku reda Islam itu menjadi agama bagi kamu.

Perbezaan pendapat di atas berlaku adalah disebabkan riwayatnya tidak sampai kepada Nabi Muhammad s.a.w, ia hanya terjenti setakat di kalangan para sahabat, maka masing-masing menyatakan keyakinan yang dipercayai yang tidak menjejaskan pegangan akidah mereka, walau bagaimanapun menurut para ulama, kecenderungan mereka kepada pendapat keempat berdasarkan apa yang dibacakan oleh baginda sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir untuk bertemu Tuhannya.

Apakah yang ada dalam al-Quran?

Sesungguhnya isi-isi kandungan meliputi pelbagai aspek yang diperlukan oleh manusia bagi mengurus kehidupan mereka dengan lebih sistematik. Dalam al-Quran terdapat ayat yang mengisahkan tentang cerita orang-orang terdahulu dan akan datang (pada hari kiamat) yang sepatutnya menjadi contoh teladan umat Islam hari ini, kerana ayat-ayat cukup sesuai sampai bila-bila, ini menunjukkan bahawa Allah SWT yang memiliki kitab suci tersebut bersifat Maha Sempurna dalam segenap tindak-tanduk-Nya.

Tidak kurang juga al-Quran memberi panduan untuk beramal ibadat seperti ayat-ayat wuduk, solat, perkahwinan, sistem kewangan, politik, ekonomi, pendidikan, kemasyarakatan, alam sekitar, sains, kaji hayat, sejarah dan banyak lagi yang tidak dapat untuk disenaraikan satu persatu di sini.

Ia juga merakamkan ayat mengenai akidah, ibadat, hubungan manusia dengan Tuhannya, penganjuran supaya berakhlak mulia dan meninggalkan akhlak tercela, cerita tentang azab dan nikmat, syurga dan neraka dan lain-lain.

Apa yang penting, al-Quran bukanlah kitab kuno atau doktrin yang hanya sesuai di zaman unta semata-mata seperti yang didakwakan oleh sesetengah para ilmuan termasuk di kalangan orang Islam, malah ia lebih kepada kitab yang memberi pedoman dan panduan berguna menuju jalan keselamatan hidup di dunia dan akhirat dalam segenap bidang yang mereka perlukan.

Sikap Muslim terhadap al-Quran

Tidak semua di kalangan manusia yang bernama Islam memiliki cita-rasa yang sama terhadap al-Quran, perkara ini ditegaskan sendiri oleh Allah SWT menerusi ayat 32 surah Fatiir yang bermaksud: Kemudian kitab itu Kami wariskan kepada orang-orang yanag kami pilih di antara hamba-hamba Kami, lalu di antara mereka ada yang menganiayai diri mereka sendiri, ada di antara mereka yang bersederhana dan di antara mereka ada yang berlumba-lumba untuk berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu adalah kurniaan yang amat besar.Sesungguhnya di kalangan hamba Allah yang diwariskan Allah al-Quran kepada mereka adalah yang bernama Islam (Muslimun), sedangkan Kristian, Sekular, Kapitalis, Sosialis, Komunis dan sebagainya adalah hamba Allah yang menolak kebenaran al-Quran secara mutlak.

Namun dalam ayat di atas terdapat tiga jenis manusia di kalangan hamba Allah yang Islam yang berbeza pendirian atau sikap mereka terhadap al-Quran:

1- Yang menganiayai diri mereka sendiri : Iaitu golongan yang kesalahan dosa mereka lebih banyak daripada pahala kebaikan, kerana mereka tidaka membaca al-Quran, mentelaah, berdiskusi apatah lagi untuk beramala dengan perintah Allah di dalamnya.

2- Adapun golongan yang bersederhana : Ialah golongan di mana kesalahan dosa mereka sama banyak dengan pahala, mereka adalah golongan yang membaca al-Quran tetapi belum bersedia untuk melaksanakan isi-isi kandungannya yang terdiri daripada hukum-hakam Allah.

3- Sementara golongan yang berlumba-lumba untuk berbuat kebaikan : Ialah golongan yang amat banyak kebaikan yang dilakukannya dan amat jarang berbuat kesalahan, mereka adalah golongan yang bersedia untuk melaksanakan hukum perintah Allah dalam al-Quran seperti hukum Hudud, Qisas dan Ta’azir, kerana hukum-hukum itu sahaja yang mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh umat manusia sepanjang masa.

Terserahlah kepada kita untuk meletakkan kedudukan diri di antara tiga jenis orang Islam seperti ayat di atas, apa yang jelas, al-Quran bukanlah kitab untuk dipertandingkan semata-mata, malah lebih daripada itu bagi mencapai maksud untuk mendapatkan cahaya keredaan Allah SWT.

Contoh ayat motivasi dalam al-Quran yang sepatutnya dikuasai

1- Sesungguhnya yang membaca al-Quran serta menyelidiki hikmah di dalamnya adalah mereka yang bernama Islam, kerana orang bernama Ah Chong atau Arumugam tidak sekali-kali membacanya melainkan mereka hendak mendekati Islam, tetapi yang menjadi tanda tanya di sini, mengapa Allah lontarkan persoalan kepada seorang Muslim yang membaca al-Quran seperti pertanyaan-Nya dalam ayat 101 surah Ali Imran yang bermaksud : Bagaimana kmu sampai menjadi kafir, pada hal ayat-ayat (al-Quran) dibacakan kepada kamu dan Rasul-Nya pun berada di tengah-tengah kamu?

Ayat di atas menunjukkan kepada kita bagaimana terdapat di kalangan orang Islam menjadi kafir sedangkan al-Quran dan Rasulullah berada di sisinya, iaitu apabila menganjurkan Musabaqah Tilawah al-Quran, mengadakan majlis Maulidur Rasul, Maal Hijrah, Israk Mikraj dan sebagainya, namun akhirnya tidak dapat menerima petunjuk Allah malah menjadi golongan yang menentang (kafir) kebenaran.

2- Menerusi ayat 10 surah Fatir bermaksud: Sesiapa yang mahukan kemuliaan, maka bagi Allah-lah kemuliaan itu semuanya, kepada-Nyalah naik perkataan-perkataan yang baik dan amal solih dinaikkannya.

Ayat di atas menggambarkan kepada bagaimana Allah SWT memberikan kemuliaan kepada kita sebagai manusia akan kemuliaan-Nya agar kita menjadi golongan yang mulia, ia menunjukkan bahawa dengan cara memberi atau mendengar perkataan dalam majlis ilmu, kuliah, ceramah atau forum agama seseorang itu akan dimuliakan Allah SWT.

Inilah satu pendekatan yang mampu untuk mengisi kekosongan jiwa manusia pada hari ini, namun manusia tetap angkuh disebabkan tidak berusaha untuk mendapatkan kemuliaan daripada Allah, mereka memilih jalan yang boleh menjerumuskan mereka ke dalam neraka-Nya.

Tadarus al-Quran pada bulan Ramadan

Perkataan tadarus telah dijelaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w. dalam satu hadis (hadis yang ke-36 dalam hadis 40 susunan Imam an-Nawawi), daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w. bersabda : Tidak berhimpun satu kaum dalam rumah Allah, mereka membaca al-Quran dan bertadarus (berdiskusi isi kandungannya) di kalangan mereka, melainkan perhimpunan mereka itu diturunkan ketenangan daripada Allah, diliputi dengan rahmat-Nya, dikelilingi dengan para Malaikat dan Allah akan mengingati mereka yang ingat kepada-Nya.

Menurut hadis di atas, baca disebut tilawah, sedangkan tadarus ialah berdiskusi segala isi kandungan al-Quran, sama ada dari sudut hukum-hakam ilmu tajwid, persoalan ilmu sains meliputi persoalan kejadian manusia, tumbuh-tumbuhan, ilmu alam, ilmu kaji hayat, cakrawala dan berbagai-bagai macam lagi yang perlu diterokai, ayat-ayat syurga dan neraka, ayat-ayat mengenai tentang dosa dan pahala, ayat-ayat motivasi (tazkirah) dan sebagainya yang tidak dapat dihitung dengan sepuluh jari, ia bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Apa yang penting, Ramadan tahun ini menjadikan kita umat yang suka bertadarus (berdiskusi, mengkaji) isi-isi kandungan al-Quran termasuklah memperelok sebutan huruf-huruf al-Quran dengan memperdalami hukum-hukum ilmu tajwid, supaya Ramadan kali ini benar-benar meninggalkan seribu kenangan berbanding tahun-tahun sebelum ini, sekali gus merubah keadaan diri kita kepada suka membaca, mengkaji serta beramal dengan al-Quran, mudah-mudahan dengan cara itu kita menjadi graduan Ramadan cemerlang pada kali ini, Amin.

Rujukan

1- Kaifa Nahya Bil Quran “ Nabih Zakariya Abd Rabbih “ Dar al-Haramain, Mesir “ 1983. 2- Kaifa Nataddab Maal Mashaf Muhammad Rejab Farjani Dar al-˜Itisom, Mesir 1976. 3- www.islamonline.net

4- www.islamweb.net

5- www.islam-qa.com lanh

Artikel Disumbang Oleh:

 

Hj. Mohammad Fauzi B. Khalid

Penolong Pendaftar Kanan

Fakulti Seni, Komputeran & Industri Kreatif

 

Exco Pembangunan Akademik

PRESTASI UPSI 2011 - 2013

 

Last Updated ( Friday, 19 August 2011 03:06 )

 

Contoh Taqwa Yang Ditunjukkan Oleh Umar Al Khattab


"Umar Al Khattab r.a. kerap memegang sehelai jerami sambil berkata: "Alangkah baiknya kalau aku dapat menjadi jerami seperti ini." Kadang-kala dia berkata: "Alangkah baiknya kalau aku tidak dilahirkan oleh ibuku!"

Pada suatu ketika Umar sedang sibuk dengan urusan yang penting. Tiba-tiba datang satu hamba Allah dengan satu pengaduan yang berkehendakkan pembetulan. Umar memukul  orang itu dengan cemeti dibahagian bahunya.

Umar berkata:

"Bila aku duduk hendak menerima pengaduan engkau tidak datang tetapi bila aku sibuk dengan urusan penting engkau datang mengganggui aku."

Tanpa berkata apa-apa orang itu pun meninggalkan Umar. Sejurus kemudian ia dibawa kehadapan Umar sekali lagi. Sambil mengunjukkan cemeti tadi padanya Umar berkata:

"Pukullah aku sebagai membalas perbuatan tadi." "Kata orang itu: "Saya mengampunimu kerana Allah s.w.t."

Kekesalan Umar tidak dapat dibayangkan. Dengan cepat dia kembali ke rumahnya lalu mendirikan sembahyang sebanyak dua rakaat. Dia mengkritik dirinya sendiri seperti berikut:

"Wahai Umar, dahulu kedudukanmu rendah tetapi kini telah ditinggikan oleh Allah s.w.t.. Dahulu kamu sesat tetapi kini telah dipimpin oleh Allah s.w.t. dan Dia telah memberi kamu kuasa keatas hamba-hambaNya. Apabila salah seorang daripada mereka datang untuk mendapat keadilan ia dipukul dan disakiti. Apakah alasan yang hendak kamu berikan dihadapan Allah s.w.t.?"

Soalan ini dihadapkan kepada dirinya bukan sekali malah beberapa kali. Pada suatu malam Umar sedang meronda di suatu tempat dipersekitaran kota Madinah dengan hambanya Aslam. Tiba-tiba kelihatan cahaya api tidak jauh dari tempat mereka berada. Dia berkata:

"Nun ditengah-tengah padang pasir nampaknya ada khemah, mungkin kepunyaan suatu khalifah yang tidak dapat memasuki kota kerana kegelapan malam. Mari kita uruskan perlindungan mereka."

Setibanya mereka ditempat perkhemahan itu, yang kelihatan hanyalah seorang perempuan dengan beberapa orang anaknya. Si ibu tadi sedang menjerang secerek air, sambil memberi salam dia meminta izin untuk mendekatinya.

Umar: "Mengapa kanak-kanak ini menangis"

Perempuan: Kerana mereka lapar"

Umar: "Apa yang ada didalam cerek itu?"

Perempuan: "Hanya air untuk memperdayakan mereka supaya mereka tidur dengan sangkaan yang makanan sedang disediakan untuk mereka. Ah, Allah s.w.t. akan mengadili pengaduanku terhadap Umar pada hari kiamat nanti kerana membiarkan aku di dalam keadaan begini."

Umar:(Menangis)"Semoga Allah s.w.t. mengampuni kamu tetapi bagaimanakah Umar hendak mengetahui tentang penderitaan kamu!"

Perempuan:"Orang yang menjadi Amir patut tahu akan keadaan setiap rakyatnya."

Umar Al Khattab balik ke kota dan terus ke Baitulmal. Dia mengisikan sebuah karung dengan tepung, buah tamar, minyak dan kain baju. Dia mengeluarkan juga sedikit wang. Apabila karung tadi telah penuh Umar pun berkata kepada Aslam: "Letakkan karung ini ke atas belakangku Aslam"

Aslam: "Tidak, tidak, ya Amirul Mu'minin! Biar saya yang memikulnya"

Umar: "Apa! Adakah engkau yang akan memikul dosaku di hari kiamat kelak? Aku terpaksa memikulnya kerana akulah yang akan dipersoalkan nanti mengenai perempuan ini"

Dengan perasaan serba salah Aslam meletakkan karung itu diatas belakang Umar. Dengan diikuti oleh Aslam dia telah berjalan dengan pantas menuju khemah perempuan itu. Dia memasukkan sedikit tepung, buah tamar dan minyak ke dalam cerek tadi lalu mengacaunya. Dia sendiri meniup bara untuk menyalakan api. Kata Aslam: "Saya melihat asap mengenai janggutnya"

Sebentar kemudian makanan itu pun siaplah. Umar sendiri menghidangkan kepada keluarga miskin itu. Selepas kenyang perut kanak-kanak itu, mereka pun bermainlah dengan gembiranya. Melihat keadaan anak-anaknya, perempuan itu pun berkata:"Semoga Allah s.w.t. memberi ganjaran kepada kamu kerana kebaikan hatimu. Sesungguhnya kamu lebih layak memegang jawatan khalifah daripada Umar."

Umar melipurkan hati perempuan itu lalu berkata: " Apabila kamu datang berjumpa dengan khalifah, kamu akan menjumpai aku disana."

Setelah melihat kanak-kanak itu bermain beberapa ketika, Umar pun beredar dari situ. Dalam perjalanan pulang Umar telah bertanya kepada Aslam:"Kamu tahu tak mengapa aku duduk disitu beberapa ketika?"Aku ingin melihat mereka bermain-main dan gelak ketawa kerana kesukaan setelah melihat mereka menangis kelaparan."

Mengikut riwayat ketika mengerjakan solat fajar Umar sering membaca Surah Kahf, Taha" dan lain-lain surah yang hampir-hampir sama dengan surah-surah itu. Waktu inilah dia kerap menangis sehingga tangisannya jelas kedengaran beberapa saf ke belakang. Pada suatu subuh ketika membaca ayat Surah "Yusuf" yang bermaksud:

"Hanya aku mengadukan kesusahanku dan kedukacitaanku kepada Allah".

(Surah Yusuf-86)

Dia telah menangis teresak-esak sehingga tidak dapat meneruskan pembacaannya.

Wahai kaum muslimin, kisah-kisah Umar yang baru saja diceritakan sepatutnya dijadikan bahan rujukan oleh kita bersama. Umar diketahui umum merupakan pahlawan Islam yang terkenal kerana gagah beraninya. Namanya saja sudah dapat mengecutkan perut musuh-musuh Islam. Namun demikian dihadapan Allah s.w.t. dia menangis ketakutan. Dimanakah seorang pemimpin negara yang bersedia menunjukkan belas kasihannya kepada seorang hamba rakyatnya yang hina seperti mana yang telah ditunjukkan oleh Umar? Demikianlah kesucian, kemurnian dan ketinggian sopan santun yang dikehendaki oleh Islam, agama yang kita semua akui sebagai penganut-penganutnya.

Dipetik dari:Tanbihul Ghafilin

Artikel Disumbang Oleh:

 

Hj. Mohammad Fauzi B. Khalid

Penolong Pendaftar Kanan

Fakulti Seni, Komputeran & Industri Kreatif

 

Exco Pembangunan Akademik

PRESTASI UPSI 2011 - 2013

 

 

 

 

 

Problem Solving and Decision Making

Much of what managers and supervisors do is solve problems and make decisions. New managers and supervisors, in particular, often solve problems and decisions by reacting to them. They are "under the gun", stressed and very short for time. Consequently, when they encounter a new problem or decision they must make, they react with a decision that seemed to work before. It's easy with this approach to get stuck in a circle of solving the same problem over and over again. Therefore, as a new manager or supervisor, get used to an organized approach to problem solving and decision making. Not all problems can be solved and decisions made by the following, rather rational approach. However, the following basic guidelines will get you started. Don't be intimidated by the length of the list of guidelines. After you've practiced them a few times, they'll become second nature to you -- enough that you can deepen and enrich them to suit your own needs and nature.

(Note that it might be more your nature to view a "problem" as an "opportunity". Therefore, you might substitute "opportunity" for "problem" in the following guidelines.)

1. Define the problem

This is often where people struggle. They react to what they think the problem is. Instead, seek to understand more about why you think there's a problem.

Defining the problem: (with input from yourself and others)

Ask yourself and others, the following questions:

Ø  What can you see that causes you to think there's a problem?

Ø  Where is it happening?

Ø  How is it happening?

Ø  When is it happening?

Ø  With whom is it happening? (HINT: Don't jump to "Who is causing the problem?" When we're stressed, blaming is often one of our first reactions. To be an effective manager, you need to address issues more than people.)

Ø  Why is it happening?

Ø  Write down a five-sentence description of the problem in terms of "The following should be happening, but isn't ..." or "The following is happening and should be: ..." As much as possible, be specific in your description, including what is happening, where, how, with whom and why.

Defining complex problems - If the problem still seems overwhelming, break it down by repeating steps a-f until you have descriptions of several related problems.

Verifying your understanding of the problems - It helps a great deal to verify your problem analysis for conferring with a peer or someone else.

 

Prioritize the problems:

Ø  If you discover that you are looking at several related problems, then prioritize which ones you should address first.

 

Ø  Note the difference between "important" and "urgent" problems. Often, what we consider to be important problems to consider are really just urgent problems. Important problems deserve more attention. For example, if you're continually answering "urgent" phone calls, then you've probably got a more "important" problem and that's to design a system that screens and prioritizes your phone calls.

Understand your role in the problem - Your role in the problem can greatly influence how you perceive the role of others. For example, if you're very stressed out, it'll probably look like others are, too, or, you may resort too quickly to blaming and reprimanding others. Or, you are feel very guilty about your role in the problem, you may ignore the accountabilities of others.

2. Look at potential causes for the problem

Ø  It's amazing how much you don't know about what you don't know. Therefore, in this phase, it's critical to get input from other people who notice the problem and who are effected by it.

 

Ø  It's often useful to collect input from other individuals one at a time (at least at first). Otherwise, people tend to be inhibited about offering their impressions of the real causes of problems.

 

Ø  Write down what your opinions and what you've heard from others.

 

Ø  Regarding what you think might be performance problems associated with an employee, it's often useful to seek advice from a peer or your supervisor in order to verify your impression of the problem.

 

Ø  Write down a description of the cause of the problem and in terms of what is happening, where, when, how, with whom and why.

3. Identify alternatives for approaches to resolve the problem

At this point, it's useful to keep others involved (unless you're facing a personal and/or employee performance problem). Brainstorm for solutions to the problem. Very simply put, brainstorming is collecting as many ideas as possible, then screening them to find the best idea. It's critical when collecting the ideas to not pass any judgment on the ideas -- just write them down as you hear them. (A wonderful set of skills used to identify the underlying cause of issues is Systems Thinking.)

 

 

4. Select an approach to resolve the problem

When selecting the best approach, consider:

 

Ø  Which approach is the most likely to solve the problem for the long term?

Ø  Which approach is the most realistic to accomplish for now?

Ø  Do you have the resources?

Ø  Are they affordable?

Ø  Do you have enough time to implement the approach?

Ø  What is the extent of risk associated with each alternative?


(The nature of this step, in particular, in the problem solving process is why problem solving and decision making are highly integrated.)

5. Plan the implementation of the best alternative (this is your action plan)

Ø  Carefully consider "What will the situation look like when the problem is solved?"

Ø   What steps should be taken to implement the best alternative to solving the problem?

Ø  What systems or processes should be changed in your organization, for example, a new policy or procedure? Don't resort to solutions where someone is "just going to try harder".

Ø  How will you know if the steps are being followed or not? (these are your indicators of the success of your plan)

Ø  What resources will you need in terms of people, money and facilities?

Ø  How much time will you need to implement the solution? Write a schedule that includes the start and stop times, and when you expect to see certain indicators of success.

Ø  Who will primarily be responsible for ensuring implementation of the plan?

Ø  Write down the answers to the above questions and consider this as your action plan

Ø   Communicate the plan to those who will involved in implementing it and, at least, to your immediate supervisor. (An important aspect of this step in the problem-solving process is continually observation and feedback.)

6. Monitor implementation of the plan

Monitor the indicators of success:

 

Ø  Are you seeing what you would expect from the indicators.

Ø  Will the plan be done according to schedule?

Ø  If the plan is not being followed as expected, then consider :

·         Was the plan realistic?

·         Are there sufficient resources to accomplish the plan on schedule?

·         Should more priority be placed on various aspects of the plan?

·         Should the plan be changed?

 

 

 

 

7. Verify if the problem has been resolved or not

One of the best ways to verify if a problem has been solved or not is to resume normal operations in the organization. Still, you should consider:

 

Ø  What changes should be made to avoid this type of problem in the future? Consider changes to policies and procedures, training, etc.

Ø  Lastly, consider "What did you learn from this problem solving?" Consider new knowledge, understanding and/or skills.

Ø  Consider writing a brief memo that highlights the success of the problem solving effort, and what you learned as a result. Share it with your supervisor, peers and subordinates.

http://managementhelp.org/

Artikel Disumbangkan Oleh:

 

Hj. Mohammad Fauzi B. Khalid

Penolong Pendaftar Kanan

Fakulti Seni, Komputeran & Industri Kreatif

 

Exco Pembangunan Akademik

PRESTASI UPSI 2011 - 2013

 

 

Zionisme Kuasai Hollywood?


Oleh: Ekky Malaky


Moment Magazine terbitan Amerika pada edisi Ogos 1996 menulis headline:


“Jews run Hollywood – So What.” Majalah itu memakai moto “The Jews Magazine for the 90’s”. Penulis laporan utamanya adalah seorang Yahudi, Michael Medved.

Beliau menulis:

"It makes no sense at all to try to deny the reality of Jewish power and prominence in popular culture. Any list of the most influential production executives at each of the major movie studios will produce a heavy majority of recognizably Jewish names."

Medved telah menyenaraikan nama-nama Yahudi seperti Michael Eisner (Pemimpin Walt Disney Studio) , Jeffrey Katzenberg, Michael Ovitz, Joe Roth (former head of 20th Century Fox) dan juga Rupert Murdoch.

Sebelum itu pada 5 April 1996 iaitu tahun yang sama, Marlon Branto menyatakan protes terhadap Larry King Show, yang menyatakan bahawa “Hollywood is run by Jews - it is owned by Jews!". Akibatnya, ia dituduh Anti-Semit dan dipaksa untuk memohon maaf kepada kaum zionisme itu di Simon Wiesenthal Holocaust Tourist Center, Los Angeles.


Kita juga didedahkan dengan dakwaan bahawa pemilik studio besar di Hollywood, termasuk Miramax, adalah kaum Yahudi. Bahkan pendiri Hollywood sendiri adalah Yahudi. Tepatnya: Gerakan Zionisme. Beberapa pekan lalu, hadir pula buku Zion Hollywoodisme, Membongkar Industri Perfileman Amerika, keluaran Penerbit Citra. Penulisnya, Dr Majid Shafa Taj, penganalisis politik yang berasal dari Iran dan penulis buku The Adventures of “Holocaust”.


Dalam buku setebal 90 halaman itu, Majid mengulas dengan terperinci soal pengaruh Zionisme dalam industri perfileman terbesar itu.  Menurutnya, Zionisme wujud dalam beberapa cara:


1.       Isi atau cerita di filem. Misalnya meraih simpati dunia tentang tragedi Holocaust. Contoh: filem Life is Beautiful, The Pianist, dan Schindler’s list. Atau sejak dulu mitos “kaum sengsara” sudah ada, menurut Majid, sejak Walt Disney merilis karakter Mickey Mouse, lantas Tom and Jerry, hingga Home Alone dan Lion King. Juga dalam pemujaan syaitan dan konsep akhir dunia dan pemimpin akhir seperti tertuang dalam Matrix.

 

2.       Penguasaan media, demi pembentukan pandangan dunia. Caranya, dengan menduduki posisi-posisi penting. Misalnya, hadirnya tokoh Rupert Murdoch, Steven Spielberg, Woody Allen, Marilyn Monroe, Tim Burton, Robert Redford, dan masih banyak lagi.

3.       Penyaluran dana untuk gerakan rasis Zionisme untiuk mendirikan Negara Israel yang secara rasmi ditolak oleh Pemerintahan Indonesia hingga kini.


Sebagai contoh: Dukungan Chase Manhattan Bank berupa pinjaman sebanyak $3 billion kepada perusahaan milik Spielberg. Pada 1995, komuniti zionis AS mengadakan kempen kepada seluruh perusahaan Yahudi untuk memberikan Spielbergsokongan secara spiritual maupun ekonomi, dalam usahanya merealisasikan tujuan kaum Yahudi. Sokongan yang diperolehi yang diperoleh Spielberg sangat besar, membuatnya dinobatkan sebagai seniman Hollywood terkaya masa itu.


Setelah Schindler’s List meraih sukse besar, para tokoh zionis membentuk Jawatankuasa Tertinggi Pawangan yang tugasnya memproduksi filem-filem propaganda. Jawatankuasa itu diketuai langsung oleh Presiden Israel saat itu, Ezer Weizman. Anggotanya adalah Perdana Menteri Israel, para pemimpin dalam badan perisikan Mossad, para pemilik saham perusahaan Cannon, ATV dan Spielberg. Jawatankuasa ini akan menentukan artis Hollywood yang dibenarkan menyertai apa jua festival tayangan yang diadakan. Jawatankuasa itu juga akan bertindak menghalang penyertaan para artis menjadi penentang dasar Israel dalam apa-apa festival filem. Banyak artis Hollywood yang menjadi mangsa jawatankuasa ini, termasuk di antaranya Kevin Costner, Alain Delon, Jean Paul Belmondo, Marlon Brando, dan Isabelle Adjani. Bahkan anugerah yang diraih Adjani di Festival Cannes 1994 ditarik balik dan diserahkan kepada orang lain “hanya” kerana beliau enggan menafikan bahawa beliau keturunan Arab. Mangsa sebelumnya itu adalah pelawak terkenal, Charlie Chaplin pun terpaksa hijrah ke Eropah kerana dituduh komunis, kerana enggan memberikan sokongan Zionisme dengan melakonkan watak yang diarahkan.


Dominasi


Konglomerat media terbesar pada masa ini adalah Walt Disney Company, dan pengarah eksekutifnya, Michael Eisner seorang Yahudi. Penganalisis media menyifatkan,  Pengarah Walt "ketua pengawal", kepada beberapa perusahaan produksi televisyen (Walt Disney Television, Touchstone Television, Buena Vista Television), jaringan televisyennya diseluruh didunia, termasuk di Indonesia, meliputi 14 juta pelanggan.

Dalam industri penerbitan filem di The Walt Disney Pictures Group,  ia diketuai oleh Joe Roth (juga seorang Yahudi), meliputi Touchstone Pictures, Hollywood Pictures, dan Caravan Pictures. Disney juga menguasai Miramax Films, sebuah syarikat perfileman yang diketua oleh Weinstein bersaudara,juga berbangsa Yahudi. Sebelum diambil alih oleh Eisner (seorang Yahudi) pada tahun 1948, Disney Company masih dipimpin oleh orang-orang bukan-Yahudi. Ketika itu filem-filemnya lebih menekankan hiburan keluarga yang sihat. Meskipun masih memegang hak-cipta atas filem-filem seperti Snow White, tetapi di bawah Eisner filem-filem Disney memberikan penumpuan kepada pengeluaran  filem-filem  bercorak aksi, kekerasan dan juga seks bebas. Selain daripada itu, perusahaan itu menguasai juga Disneyland, Disney World, Epcot Center, Tokyo Disneyland, dan Euro Disney.


Dua syarikat filem terbesar di dunia, MCA dan Universal Pictures, dimiliki oleh satu syarikat bernama Seagram Co. Ltd. Pemilik Seagram, Edgar Bronman juga menceburi industri menghasilkan minuman keras. Beliau  menduduki jabatan sebagai ketua “World Jewish Congress” (Kongres Yahudi Sedunia). Syarikat yang pernah terlibat dengan industri dunia perfileman seperti Melvyn, Goodwyn, Meyer (MGM), yang diambil dari nama tiga-serangkai Yahudi. Meski tidak sebesar MCA, Universal atau MGM, tetapi perusahaan filem 'Dreamworks' yang dikuasai oleh David Geffen, Steven Spielberg, dan Jeffry Killwnberg, terkenal dengan filem-filem mereka yang menggunakan 'kesan teknik' yang memukau para penggemarnya di seluruh dunia.


Tokoh-tokoh perfileman yang lain pun bukan orang  sembarangan. Di antaranya Stuart Bloomberg (Kepala Divisi Hiburan ABC), Peter Chernin dan Barry Diller (CEO 20th Century Fox), Martin S Davis (CEO Paramount), Victor Kaufman (CEO Columbia Pictures).


Fungsi Filem


Filem adalah kesenian ketujuh, merangkumi seluruh kesenian lainnya, ditambah teknologi. Ia juga adalah sebuah media ekspresi, dan bertindak sebagai penyampai mesej. Ia juga mampu bertindak sebagai rakaman sosial, yang menyelami jiwa zaman masyarakatnya, atau sebagai cermin. Pendek kata, filem memainkan pelbagai peranan.


Dari awal, secara sedar filem sudah digunakan sebagai bahan propaganda. Usmar Ismail sejak awal menyatakan “bahaya”nya filem Hollywood (ketika itu nama Zionisme belum begitu popular tetapi ia dikenal sebagai “pengaruh buruk propaganda Barat”). Bahkan ia lebih menyeramkan daripada filem-filem keluaran Soviet Union. “…filem adalah alat yang ampuh sekali di tangan orang yang mempergunakannya secara efektif bagi merealisasikan sesuatu tujuan terutama sekali terhadap rakyat. Ini kerana kebanyakan rakyat ketika itu  lebih banyak mempertimbangkan sesuatu berdasarkan sentimen hati dan emosi berbanding dengan akal. Itulah rahasia kejayaan sebuah filem yang berkeupayaan melampaui rasional akal yang waras dan berjaya memanipulasikan emosi  sanubari penonton dengan lebih meyakinkan.


Apa Tindakan Kita ?


Apakah tindakan dari kita sebagai langkah tindakbalas dalam menghadapi perkara ini. Berikut adalah langkah yang dirasakan wajar dan sesuai:


1.       Kritik Filem.

Pengkritik filem yang sensitif dan tajam pandangannya amat sesuai untuk membongkar mitos-mitos seperti ini. Salah satunya adalah buku Zion Hollywoodisme. Contoh lainnya kritikan terhadap filem The Pianist dari Roman Polanski yang berlatarbelakangkan Poland semasa Perang Dunia Kedua, padahal faktanya tak ada seorang Poland yang diperlakukan seperti itu. Namun begitu mengetahui dan menyedari saja tidak cukup. Adalah tidak mencukupi untuk kita sedar dan menunjukkan Zionisme atau Yahudi sebagai punca kepda gejala seperti dadah, seks bebas, dan banyak lagi. Yang penting adalah jika iman seseorang sudah kuat, tentu informasi apa pun dari luar akan tersaring dengan baik.


2.       Kesedaran Untuk Mengusai Media

Filem haruslah dilihat bukan sekadar hiburan dan sama sekali tidak dianggap sebagai “media dakwah” . Cuba kita renungi dan lihat berapa banyak akhbar, majalah, radio, stesen televisyen, yang boleh menjadi media massa untuk kemaslahatan umat?


3.       Karya Ditentang Dengan Karya

Kita harus menyediakan alternatif filem yang “sihat” supaya  menjadi budaya-tanding. Dana, teknologi dan kepakaran haruslah mencukupi agar kualitinya dapat menyaingi filem-filem keluaran Hollywood, baik dari segi cerita, estetika, profesionaliti dll. Iran telah melakukannya, dan terbukti telah berjaya memenangi anugerah di berbagai festival antarabangsa.

Jadi salah siapa? Jika kuncu-kuncu Zionisme telah melakukan tugasnya, merealisasikan Protocol of Zionnya, dengan amat berkesan.Samada kita percaya atau tidak dengan teori konspirasi, mereka terus berkerja keras. Bagaimana dengan tindakbalas dari kita?

 

 

Nota Tentang Penulis Ekky Malaky adalah seorang pengamat pemikiran dan kebudayaan Islam, serta pengkritik filem. Merupakan lulusan Sarjana Falsafah, Fakultas Ilmu Budaya, Universitas Indonesia dan Sarjana Muda Sastera Arab juga di universiti yang sama. Beliau terkenal sebagai penulis bebas mulai dari Sabili hingga Gatra dan Tempo, di samping terlibat dalam membangunkan laman yang memberi tumpuan pada dunia perfileman: www.rumahfilm.org. Kini beliau sedang menuntut di peringkat sarjana sekali lagi, tetapi dalam pengajian filem di Universiteit van Amsterdam, Belanda.

 

 

Artikel Disusun & Dialihbahasakan Oleh:

 

Hj. Mohammad Fauzi B. Khalid

Penolong Pendaftar Kanan

Fakulti Seni, Komputeran & Industri Kreatif

 

Exco Pembangunan Akademik

PRESTASI UPSI 2011 - 2013

 

 

PRESTASI dengan kerjasama Unit Latihan, Bahagian Sumber Manusia telah menghantar penyertaan seramai 8 orang Pegawai Pengurusan Profesional daripada UPSI untuk menyertai SEMINAR KEBANGSAAN PENTADBIR IPTA MALAYSIA 2011, SKIM”11, anjuran Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, pada 23 Jun 2011 bertempat di The Zon Regancy Hotel, Johor Bharu.

 

Seminar yang dianjurkan ini diadakan bersempena Hari Antarabangsa “United Nations Public Service Day” dan bertemakan “Pentadbir Cemerlang, Pemangkin Dinamisme Pengajian Tinggi”. Dianggarkan seramai lebih daripada 150 orang pegawai pengurusan professional daripada IPTA, IPTS, Kolej Swasta, Politeknik dan Kolej Komuniti di seluruh Malaysia telah menyertai seminar yang julung-julung kalinya di urusetiakan oleh UTHM ini.

 

Antara lain objektif seminar ini adalah untuk memberi ruang dan pendedahan kepada para peserta berkaitan kepentingan dan keperluan melahirkan, memupuk serta membentuk para petadbir di Institusi Pengajian Tinggi Awam yang dinamik, yang mampu bergerak seiring dengan arus globalisasi masa kini, selain boleh memberikan perkhidmtan yang terbaik dalam memastikan pengajian tinggi di Malaysia sentiasa berada pada paras yang paling cemerlang demi kepentingan pembangunan negara.

 

Disamping itu, seminar ini juga bertujuan untuk mewujudkan wadah perkongsian maklumat dalam aspek kepentingan perkhidmatan awam, keperluan serta perubahan yang diperlukan, khususnya kepada para pentadbir di peringkat university dan Institusi Pengajian Tinggi Awam yang lain.

 

Para peserta amat beruntung kerana, penceramah yang dijemput untuk berkongsi pengalaman dengan para peserta adalah terdiri daripada mereka yang cukup berpengalaman di dalam pengurusan dan pentadbiran awam, khususnya dalam sesi ucaptama dan perasmian yang disempurnakan oleh Y.Bhg. Datuk Ab. Rahim bin Md. Noor, Ketua Setiausaha, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, yang menyampaikan ucaptamanya yang bertajuk “Pentadbir Cemerlang, Pemangkin Dinamisme Pengajian Tinggi’.

 

Slot yang tidak kurang penting juga, adalah daripada Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Ir. Jamilus bin Md. Hussin, Pengerusi Lembaga Pengarah UTHM, yang juga merupakan Pengerusi KLIA Premier Holdings, iaitu orang yang bertanggungjawab di dalam pembinaan lapangan terbang antarabangsa KLIA. Beliau telah berkongsi pengalamannya selama bebrapa tahun di dalam sektor awam dan korporat dengan membentangkan topik yang amat menarik iaitu “Pengkorpratan Minda Pentadbir IPT Ke Arah Pengajian Tinggi Bertaraf Dunia: satu Anjakan Paradigma”.

 

Para peserta turut dihidangkan dengan topik yang mencabar kecemerlangan akademik pentadbir, melalui slot yang disampaikan oleh Y.Bhg. Dr. Hajah Zaharah bt Mokhtar, Pendaftar UiTM dengan tajuk ceramahnya “Kecemerlangan Akademik dan Kepentingan Kepada Para Pentdbir”.  Sesi ceramah diakhiri dengan perkongsian pengalaman oleh Pendaftar Universiti Malaysia Kelantan, En. Abdul Halim bin Abdul Rahman yang berkaitan dengan kepentingan transformasi pentadbir di memartabatkan pengajian tinggi di Malaysia.

 

Sebagai penghargaan kepada para peserta, pihak urusetia turut menyediakan satu slot istimewa, pada malam sebelum seminar berlangsung, iaitu slot Dinner Talk oleh Datin Sharifah Shawati Syed Mokhtar , Pengerusi Adamaya Image Consultancy, yang berkongsi tips-tips yang menarik dan berguna di dalam penampilan seseorang pentadbir.

Peserta daripada UPSI adalah terdiri daripada:

 Tn Hj. Mohamad Najib bin Mohamed

Presiden PRESTASI/

Timbalan. Bendahari UPSI

 En. Muhammad Tarmizi bin Abdul Rahman

Tim.Presiden PRESTASI/

Pen.Pendaftar Kanan Pejabat TNC(A&A)

 Cik Jamaliah bt. Jalil

Setiausaha PRESTASI/

Penolong Pendaftar Fakulti Muzik & Seni Persembahan

 Pn. Hjh. Suhaila Sidek

Pemegang Amanah PRESTASI/

Timbalan Pendaftar IPS

 Pn. Mahanum bt. Mohamed

Ahli PRESTASI/

Penolong Pendaftar Kanan Pejabat Naib Canselor

 Pn. Naida Hazni bt. Khalil

 Ahli PRESTASI/

Penolong Pendaftar Kanan NCDRC

 En. Ahmad Amri bin Zainal Adnan

Ahli PRESTASI/

Penolong Pendaftar Pejabat TNC (HEPA)

 Pn. Amrah bt. Mohd. Narawi

Ahli PRESTASI/

Pegawai Teknologi Maklumat, Pusat ICT

                                        

 

Laporan disediakan oleh;

En. Muhammad Tarmizi bin Abdul Rahman

Tim.Presiden PRESTASI

 

<< Start < Prev 1 2 3 4 Next > End >>

Page 1 of 4

Masa itu Emas
Hits
Content View Hits : 30036
Who's Online
We have 1 guest online
Games

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup